K Fry Lancar Menu Baharu ‘Cool-lah Malaysia! Unity on Ice’ Sempena Merdeka

LocalFood
18 Aug 2025 • 6:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sempena sambutan Hari Merdeka tahun ini, K Fry Urban Korean (K Fry) tampil dengan menu edisi terhad yang diinspirasikan daripada cita rasa kegemaran rakyat Malaysia, digabungkan dengan sentuhan unik ala Korea. Koleksi istimewa ini dinamakan Cool-lah Malaysia! Unity on Ice, dan boleh dinikmati mulai sekarang sehingga 30 September 2025.

Menu ini mengetengahkan konsep hidangan sejuk dan berais sesuai untuk cuaca panas di Malaysia. Antara pilihan menarik dalam koleksi ini termasuk:

Icy Sweet and Sour Chicken

Ayam tanpa tulang rangup gaya Korea dipadankan dengan sos masam manis segar. Dihidangkan di atas ais bersama potongan mangga, laici dan tomato ceri. Harga bermula RM33.80 (RM39.20 termasuk SST & SVC).

Colours of Gemilang Hwachae

Pencuci mulut berwarna-warni berinspirasikan minuman buah tradisional Korea. Menggunakan ais kisar perisa Sprite dengan boba gula perang, bebola mangga, potongan tembikai, sagu dan agar-agar bunga telang. Harga bermula RM17.90 (RM20.76 termasuk SST & SVC).

Mango Swirl Shake

Minuman pekat berkrim berasaskan mangga segar, dipadankan dengan sos mangga dan krim putar gebu. Harga bermula RM17.90 (RM20.76 termasuk SST & SVC).

image is not available

“Cool-lah Malaysia! Unity on Ice meraikan kepelbagaian rasa dan budaya, dengan elemen ceria serta sentuhan segar. Kami mahu pelanggan menikmati hidangan yang bukan sahaja enak, tetapi juga membawa semangat kebersamaan sempena bulan Merdeka,” kata wakil K Fry.

Jadi, ajak keluarga, kawan-kawan dan geng makan anda untuk cuba menu istimewa ini sepanjang Ogos hingga September.

Untuk maklumat lanjut dan promosi mengenai K Fry Urban Korean, sila layari laman web, Facebook atau Instagram rasmi K Fry.