RK Takasago Chain-Malaysia Melancarkan Rantai Edisi Merdeka Sebanyak 4000 unit di Seluruh Malaysia

LocalCars
18 Aug 2025 • 8:52 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available


Sambutan Malaysia Festival of Speed (MFOS) 2025 dan Malaysia Cub Prix semalam menjadi saksi kepada pelancaran istimewa produk terbaharu rantai RK Takasago Edisi Merdeka daripada RK Takasago Chain.

Produk ini direka khas sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-68. Warna merah bunga kebangsaan Malaysia bunga raya menjadi warna rasmi bagi rantai istimewa ini.

Set edisi khas ini tampil unik dengan kehadiran spoket istimewa yang dihiasi lakaran ucapan sambutan merdeka menjadikannya bukan sekadar komponen motosikal tetapi juga simbol penghargaan kepada perjuangan dan pencapaian negara.

Rekaannya yang sarat dengan nilai patriotik dijangka menarik perhatian penggemar motosikal tempatan khususnya mereka yang ingin memiliki barangan eksklusif bertemakan kebangsaan.

Lebih menarik, set ini dihasilkan secara edisi terhad, dengan hanya 4,000 unit sahaja akan diedarkan dan dijual di seluruh negara. Jumlah terhad itu menambahkan lagi nilai koleksi sekali gus menjadikan ia rebutan dalam kalangan peminat motosikal dan pengumpul barangan automotif.

Menurut wakil RK Takasago Chain, penghasilan edisi khas ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan terhadap pelanggan setia mereka tetapi juga sebagai sumbangan kecil dalam meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia.

Dengan gabungan elemen prestasi, inovasi dan semangat patriotisme, edisi Merdeka ini dilihat mampu mencipta satu kenangan bermakna buat industri permotoran tempatan.

Teruskan Bersama Two Wheels..!