K-Lazatan K-Cheese Pedas Ala Korea Kembali Untuk Waktu Terhad Di KFC

LocalFood
26 Aug 2025 • 8:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Atas permintaan ramai, menu K-Cheese Series kini kembali ke KFC! Siapa geng makan pedas, sukakan cheese dan crunchy, ini menu KFC korang wajib cuba, jangan terlepas sebab menu ini hanya untuk waktu terhad!

K-Cheese Series ini pasti buat korang sekali makan rasa nak lagi dan lagi, macam ketagihan, tapi in a good way. 

Burger K-Cheese Cheezilla

image is not available

Burger K-Cheese Cheezilla dihidangkan dengan roti ban bijan yang mengapit filet Zinger yang rangup di luar, juicy di dalam dan dicelup dalam Sos Korea Pedas, memang cukup melengkapi rasa puas bagi penggemar menu ala Korea.

Kombinasi sos Keju Jalapeno Mayo, tak dilupakan patty keju Cheezilla dan salad, melengkapkan satu hidangan paling sempurna dalam setiap suapan.

Bayangkan sos yang meleleh dari patty, makan sampai comot pun puas hati, memang sedap hingga menjilat jari!

Ayam goreng K-Cheese Crunch

image is not available

Satu lagi jangan ketinggalan untuk cuba ayam K-Cheese Crunch yang menggabungkan ayam goreng KFC kegemaran ramai yang disaluti Sos Pedas Korea dan Sos Keju Jalapeno untuk lebih ‘kick’ dan kesedapan berganda.

Manis, pedas dari sos Korea, ditambah pula ayam goreng KFC yang crunchy dan juicy di dalam. Semestinya menu wajib order di KFC ketika ini.

Dihidangkan untuk waktu terhad

Jadi kalau korang tercari-cari menu yang dari yang lain, pedas dan diinspirasikan dari menu Korea, menu K-Cheese Series dari KFC ini adalah jawapannya.

Sesuai dinikmati untuk makan tengah hari, makan malam atau bila-bila masa korang mahu nikmati kepedasan ala Korea bersama keluarga atau yang tersayang.

Menu ini sedia dipesan di di restoran KFC berhampiran, KFC Delivery atau pun boleh ambil sendiri dengan ciri Self Collect melalui app KFC.

The post

appeared first on

.