⁠K*ncing Atas Produk Makanan Demi ‘Content’, Pasar Raya Tanggung Rugi RM6,000

Entertainment
2 Mar 2025 • 12:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah pasar raya mengalami kerugian sebanyak USD1,500 (bersamaan kira-kira RM6,693) selepas seorang wanita bertindak mencemarkan produk makanan dengan perbuatan menjijikkan semata-mata demi kandungan dan content media sosial.

image is not available
Gambar Hiasan

Memetik laporan Astro Awani, insiden yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Kelli Tedford, seorang wanita berusia 23 tahun sengaja membuang air kecil di atas makanan organik yang dipamerkan untuk jualan.

Akibatnya, pasar raya terpaksa menarik balik produk yang tercemar dan menjalankan pembersihan menyeluruh bagi memastikan keselamatan pelanggan.

Tindakan pantas turut diambil dengan menghubungi pelanggan yang mungkin terjejas, selain bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan premis kekal selamat.

image is not available

Hasil siasatan mendapati ini bukan kali pertama Tedford melakukan perbuatan serupa. Wanita itu pernah tular sebelum ini kerana tindakan tidak senonoh di tempat awam pada tahun 2021.

Wanita itu kini berdepan tindakan undang-undang atas kesalahan mencemarkan bahan makanan dan mengganggu ketenteraman awam.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.