KA Perkenal Sistem Booking Rembayung Baharu Guna Grab, Ini Cara Mudah Buat Tempahan [Video]

LocalBusiness & Finance
2 Nov 2026 • 5:08 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, pencipta kandungan yang juga usahawan, Khairul Aming (KA) telah mengumumkan pihaknya sedang membuat percubaan untuk beralih ke sistem tempahan restoran Rembayung baharu.

Ia susulan isu scalper yang semakin berleluasa sehingga ramai yang menjadi mangsa golongan tidak bertanggungjawab ini.

View on Threads

Khairul Aming Kolaborasi Dengan Grab, Perkenal Sistem Booking Baharu

Terbaharu, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman telah mengumumkan sistem booking terbaharu Rembayung hasil kerjasama dengan Grab akan bermula hari ini (2 November).

Jelas penerima Anugerah Maulidur Rasul 2025 bagi kategori Usahawan/Teknokrat berjaya itu, langkah terbabit dibuat bagi mengurangkan isu scalpers dan resellers.

“Sebelum ini kita ada banyak isu dengan scalpers dan juga resellers yang menyebabkan ramai pelanggan kita susah nak buat tempahan di Rembayung ini,” katanya.

Setiap Pengguna Grab Yang Sah Hanya Boleh Buat 1 Tempahan Setiap 2 Minggu, Booking Tak Boleh Dipindahkan

Tambah KA, antara perubahan yang dibuat dalam sistem booking terbaharu kali ini adalah pengguna Grab yang sah hanya boleh membuat satu tempahan dalam tempoh dua minggu dan tempahan itu tidak boleh dipindahkan.

Malah, individu wajib datang dan membawa telefon bimbit yang digunakan untuk membuat tempahan menerusi aplikasi Grab itu.

“Setiap verified Grab user hanya boleh buat satu booking setiap 2 minggu.

“Untuk mengelakkan reselling, booking tidak boleh dipindahkan. Pelanggan wajib bawa phone yang membuat booking tersebut untuk buka aplikasi Grab sebelum masuk ke restoran (Screenshot tidak diterima),” tulisnya di ruang kapsyen.

Ini Cara Mudah Buat Tempahan Restoran Rembayung Menerusi Aplikasi Grab

Menerusi perkongsian sama, KA turut menunjukkan cara mudah buat mereka yang mahu membuat tempahan restoran Rembayung menerusi aplikasi Grab.

Caranya adalah:

#1 Buka aplikasi Grab dan pilih ‘Dine Out’

Image from: KA Perkenal Sistem Booking Rembayung Baharu Guna Grab, Ini Cara Mudah Buat Tempahan [Video]

#2 Pilih ‘Book a Table’ dan taip Rembayung

Image from: KA Perkenal Sistem Booking Rembayung Baharu Guna Grab, Ini Cara Mudah Buat Tempahan [Video]

#3 Masukkan bilangan individu dalam tempahan.

Harus diingatkan jumlah maksimum setiap tempahan adalah lapan pax termasuk kanak-kanak dan bayi.

Image from: KA Perkenal Sistem Booking Rembayung Baharu Guna Grab, Ini Cara Mudah Buat Tempahan [Video]

#4 Pilih tarikh serta pilihan sama ada Dine In atau Take Away sebelum tekan butang ‘continue’.

Jelas KA, bagi kategori Dine In (makan di restoran), pihaknya menyediakan empat pusingan yang bermula:

  • 11.00 pagi sehingga 12.00 tengahari
  • 2.00 sehingga 2.30 petang
  • 4.30 sehingga 5.30 petang
  • 8.00 sehingga 9.00 malam

Bagi kategori Take Away (bungkus), terdapat beberapa pilihan untuk sesi tengah hari dan pada waktu petang iaitu:

  • 12.30 petang
  • 12.45 petang
  • 6.15 petang
  • 6.30 petang
  • 6.45 petang

#5 Deposit RM10 bagi setiap pelanggan

Sebanyak RM10 deposit akan dikenakan kepada setiap pax. Ini bermaksud, jika anda pergi 8 orang, jumlah keseluruhan deposit adalah berjumlah RM80.

Jelas KA, jumlah deposit ini akan ditolak daripada bil keseluruhan nanti.

Image from: KA Perkenal Sistem Booking Rembayung Baharu Guna Grab, Ini Cara Mudah Buat Tempahan [Video]

#6 Isi bahagian special request jika perlu

Jika anda datang bersama ahli keluarga dan tidak boleh menikmati hidangan di tingkat atas serta perlu menggunakan kerusi roda atau stroller, jangan lupa nyatakan perkara itu pada bahagian special request.

Image from: KA Perkenal Sistem Booking Rembayung Baharu Guna Grab, Ini Cara Mudah Buat Tempahan [Video]

#7 Baca terma dan syarat sebelum membuat tempahan untuk elakkan salah faham

Image from: KA Perkenal Sistem Booking Rembayung Baharu Guna Grab, Ini Cara Mudah Buat Tempahan [Video]

#8 Buat bayaran deposit menerusi kaedah pilihan seperti kad kredit, kad debit, online banking atau GrabPay.

Image from: KA Perkenal Sistem Booking Rembayung Baharu Guna Grab, Ini Cara Mudah Buat Tempahan [Video]

“Booking yang dibuat adalah muktamad. Tidak boleh diubah dan tidak boleh dibatalkan.

“Jika anda proceed dengan cancellation, deposit tidak akan dipulangkan atau non-refundable,” katanya.

Pelanggan Yang Buat Tempahan Di Umai Masih Boleh Datang Ke Restoran

Namun jelas KA, mereka yang telah membuat tempahan di Umai, mereka boleh terus sahaja datang ke restoran terbabit.

Pelanggan Luar Negara Boleh Buat Tempahan Restoran Rembayung Di Grab

Tambah KA lagi, mereka yang berada di luar negara boleh membuat tempahan restoran berkenaan menerusi aplikasi sama.

Namun jelasnya, pengguna perlu menukar lokasi kepada Malaysia terlebih dahulu.

Akui Tak Mudah Lawan Scalper, Harap Sistem Booking Baharu Dapat Kurangkan Isu Sedia Ada

Tambah KA, ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk menyelesaikan isu scalper namun berharap sistem terbaharu ini dapat menangani masalah sedia ada.

Malah, dia turut memberi bayangan akan mengeluarkan beberapa (ciri) features terbaharu dalam masa terdekat bagi memastikan tempahan Rembayung berjalan lancar.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Mula Beri Review, Puji Makanan & Harga Makanan Di Rembayung

Baca Artikel Berkaitan: “Restoran KA Ni Tak Lari Pun” – Wanita Dikritik Selepas Persoal Slot Booking Rembayung Dibuka Untuk 7 Hari

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved