“Salam Takziah Buat ‘Scalper'” – Khairul Aming Perkenal Sistem Tempahan Baharu Rembayung, Ramai Tak Sabar Nak Tempah

LocalFood
2 Nov 2026 • 3:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bagi peminat dunia kulinari tanah air, isu scalper atau ulat tempahan yang memborong slot meja sebelum menjualnya semula dengan harga lebih tinggi sememangnya cukup membebankan.

Menyedari masalah tersebut, pempengaruh masakan dan usahawan, Khairul Aming, tampil dengan pembaharuan menerusi restoran miliknya, Rembayung di Kampung Baru.

Advertisement
View this post on Instagram

Bermula sekarang, Rembayung menggunakan platform Grab untuk semua urusan tempahan meja bagi mengurangkan masalah scalper dan reseller yang sebelum ini mengambil kesempatan terhadap sistem tempahan.

Menurut Khairul Aming, sistem baharu itu diperkenalkan bagi memastikan proses mendapatkan meja lebih adil, telus dan selamat untuk pelanggan.

Khairul Aming Perkenal Sistem Tempahan Baharu?

Antara peraturan baharu yang diperkenalkan ialah setiap pengguna Grab yang telah disahkan hanya boleh membuat satu tempahan dalam tempoh dua minggu.

Tempahan juga bersifat peribadi dan tidak boleh dipindah milik atau dijual kepada orang lain.

Pelanggan yang membuat tempahan diwajibkan hadir bersama telefon bimbit yang digunakan ketika membuat tempahan. Pihak restoran akan membuat pengesahan terus menerusi aplikasi Grab.

View this post on Instagram

Sebarang tangkap layar atau gambar pengesahan tempahan tidak akan diterima.

Bagi setiap tempahan pula, pelanggan perlu membayar deposit RM10 untuk setiap individu (pax). Deposit tersebut akan ditolak daripada jumlah bil akhir, namun tidak akan dikembalikan sekiranya tempahan dibatalkan atau pelanggan tidak hadir.

Pelanggan Boleh Tempah Di Mana?

Pelanggan boleh membuka aplikasi Grab dan memilih menu Dine Out, sebelum menekan pilihan Book a Table.

Kemudian, cari Rembayung – Kampung Baru dan tetapkan jumlah pelanggan. Bayi serta kanak-kanak turut dikira sebagai pax, dengan kapasiti maksimum lapan orang bagi satu tempahan.

Bagi pelanggan yang telah membuat tempahan melalui sistem terdahulu, Umai, untuk tarikh terdekat, mereka tidak perlu membuat tempahan baharu.

Pelanggan masih boleh hadir ke Rembayung seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Sistem tempahan menerusi Grab hanya terpakai untuk tempahan yang dibuat selepas sistem baharu itu dilancarkan.

Malah, pelanggan dari luar negara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia juga masih boleh membuat tempahan dengan menukar tetapan lokasi aplikasi Grab kepada Malaysia sebelum mencari Rembayung.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Salam Takziah Buat ‘Scalper'” – Khairul Aming Perkenal Sistem Tempahan Baharu Rembayung, Ramai Tak Sabar Nak Tempah2026-10-31 16:38:32

Peniaga Wanita Dipukul Dengan Kasut Di Kepala, Tindakan Lelaki Cetus Kecaman

The post “Salam Takziah Buat ‘Scalper'” – Khairul Aming Perkenal Sistem Tempahan Baharu Rembayung, Ramai Tak Sabar Nak Tempah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved