Ka Siong masuk hospital akibat jangkitan kuman paru-paru, terima rawatan rapi

LocalHealth & Fitness
21 Jan 2026 • 1:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dilaporkan dimasukkan ke hospital sejak 19 Januari lalu berikutan jangkitan kuman pada paru-paru.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu memaklumkan bahawa beliau kini sedang menjalani pemeriksaan rapi dan rawatan yang dijangka mengambil masa kira-kira seminggu.

Ka Siong masuk hospital akibat jangkitan kuman paru-paru

image is not available

“Saya telah dimasukkan ke hospital pada 19 Januari dan kini menerima pemeriksaan rapi serta rawatan yang dianggarkan selama seminggu.
“Dalam tempoh ini juga saya tidak dapat hadir ke persidangan Dewan Rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

image is not available

Beliau turut memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri program yang telah diaturkan sejak awal.

“Terima kasih diucapkan kepada semua yang mendoakan kesembuhan saya,” katanya.

Sumber: FB 魏家祥