Kabin Boeing 737-800 NG Malaysia Airlines Menggantikan Skrin Sistem Hiburan Terbina Dengan Peranti Milik Penumpang

TechnologyDigital
22 Jul 2022 • 6:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sistem hiburan dalam pesawat sudah menjadi perkara biasa sejak awal 2000. Skrin kecil di belakang ​​kerusi menawarkan pelbagai hiburan dalam pesawat. Hari ini Malaysia Airlines memperlihatkan rekaan kabin baharu untuk pesawat Boeing 737-800 NG mereka yang mungkin paling mesra peranti pintar pernah dihasilkan.

image is not available

Tiada lagi skrin terbina pada setiap kerusi penumpang kelas perniagaan dan ekonomi. Sebaliknya penumpang menggunakan skrin telefon pintar dan tablet peribadi untuk mengakses sistem hiburan dalam pesawat (IFE) yang menawarkan filem, siri TV, muzik dan podsiar. Terdapat pemegang peranti terbina pada setiap kerusi yang boleh menempatkan telefon dan tablet bersaiz besar dengan selamat sepanjang penerbangan.

image is not available

Bagi memastikan hiburan dapat dinikmati tanpa gangguan, setiap kerusi kelas ekonomi dilengkapi port pengecasan USB-A dan USB-C. Pada kerusi kelas perniagaan pula, palam kuasa tiga pin turut diberikan bersama dengan port USB-A dan USB-C.

image is not available

Menurut Malaysia Airlines, kombinasi kerusi yang lebih nipis dan tidak lagi memberikan sistem hiburan pada kerusi akan menjimatkan berat mengurangkan berat pesawat sehingga 679 kilogram. Ini akan menjimatkan penggunaan sehingga 1029 liter bahan api setahun pada setiap pesawat menjadikan perjalanan lebih mesra alam.