Nokia G11 Plus Dilancarkan Dengan Skrin 90Hz Dan Kamera 50MP

TechnologyDigital
29 Jun 2022 • 10:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

HMD Global kini hadir dengan sebuah peranti berspesifikasi asas menerusi pengenalan Nokia G11 Plus. Melaluinya, ia menggunakan cip Unisoc T606 yang didatangkan dalam sebuah tubuh peranti dengan rekaan skrin bertakuk dan sistem dwi-kamera di belakang.

Saiz skrin yang digunakan adalah sebesar 6.5-inci IPS LCD beresolusi HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia turut dipadankan dengan variasi memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB yang turut menyokong ruang tambahan menggunakan kad microSD. Bateri berkapasiti 5,000mAh turut disertakan dengan sistem pengecasan 10W.

image is not available

Pilihan kamera pula terdiri dengan dua lensa utama iaitu 50MP (utama) dan 2MP (kedalaman), sementara itu kamera hadapan pula 8MP. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan seperti Lake Blue dan Charcoal Gray. Setakat artikel ditulis, tiada maklumat lanjut mengenai harga jualan peranti yang diketahui.