
Kota Kinabalu: Kabinet negeri akan membincangkan cadangan supaya bahasa Inggeris diberi keutamaan sama seperti bahasa Malaysia, serta menerima pakai bahasa Inggeris sebagai salah satu daripada dua bahasa rasmi di Sabah.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk diputuskan.
“Kita bawa perkara ini ke mesyuarat Kabinet untuk diputuskan. Biar keputusan dibuat secara kolektif,” katanya ketika ditemui semasa lawatannya ke tapak yang dilanda fenomena air pasang besar di Kg Tanjung Aru Baru, Tanjung Aru, di sini, pada Selasa di mana beliau turut menyampaikan bantuan tunai bencana alam kepada mangsa.


