Sabah juga harus tegas guna Bahasa Inggeris

3 Jan 2023 • 1:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sabah harus mencontohi Sarawak yang bertegas supaya bahasa Inggeris diberi keutamaan sama seperti bahasa Malaysia, serta menerima pakai penggunaan bahasa Inggeris sebagai salah satu daripada dua bahasa rasmi di Sabah.

“Ini kerana penggunaan bahasa Inggeris di Sabah dan Sarawak sentiasa diberi status rasmi sejak pembentukan Malaysia di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee.

“Kelulusan untuk mengguna pakai semula bahasa Inggeris sebagai salah satu daripada dua bahasa rasmi yang digunakan di Sabah, sepatutnya antara tuntutan MA63 yang Sabah sedang usahakan bersama Kerajaan Persekutuan,” katanya.