Kabinet bakal dirombak? Anwar beri jawapan ringkas – “Masih awal lagi”

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 2:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan masih terlalu awal untuk membincangkan kemungkinan rombakan Kabinet susulan perkembangan membabitkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Menurut Anwar, sebarang perubahan dalam barisan pentadbiran kerajaan belum diputuskan ketika ini.

“Masih awal lagi,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, pada Selasa.

Image from: Kabinet bakal dirombak? Anwar beri jawapan ringkas – “Masih awal lagi”

Spekulasi mengenai rombakan Kabinet timbul susulan keputusan Loke untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Loke sebelum ini menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Anwar pada September lalu, namun bersetuju meneruskan tugas sementara menunggu pelaksanaan tahanan rumah berkenaan.

Keputusan itu dibuat selaras dengan pendirian DAP yang membantah pengampunan bersyarat terhadap Najib.

Dalam perkembangan berkaitan, tempoh pelantikan Amir Hamzah sebagai Ahli Dewan Negara pula dijadualkan tamat pada 11 Disember ini, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kedudukannya dalam Kabinet.

Bagaimanapun, Anwar memaklumkan bahawa beliau belum menerima sebarang makluman daripada Amir Hamzah berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, laporan media menyebut Kerajaan Perpaduan berkemungkinan melakukan perubahan kecil dalam Kabinet melibatkan dua jawatan berkenaan.

Perubahan yang diperkatakan itu dilaporkan tidak membabitkan menteri daripada UMNO atau Barisan Nasional (BN), sebaliknya tertumpu kepada wakil DAP dan seorang anggota pentadbiran berstatus senator.

Sumber: BH Online (Saadiah Ismail)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved