
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Semalam (9 Oktober), Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan Israel dan Hamas telah menandatangani fasa pertama pelan damai Gaza yang dicadangkan oleh AS sekali gus membolehkan pembebasan semua tebusan.
Bagaimanapun, dalam beberapa jam selepas pengumuman itu, tular pula di media sosial video memaparkan satu letupan dan asap tebal di Deir al-Balah, Gaza.
Difahamkan, ia berlaku kurang daripada sejam selepas fasa pertama perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa.
BREAKING:
— Megatron (@Megatron_ron) October 9, 2025
🇮🇱 IDF tanks near Netzarim city, south of Gaza City, FIRE SHOTS at civilians trying to move north along the coastal road despite ceasefire pic.twitter.com/J7jKBO97PS
Agensi pertahanan awam Gaza sahkan beberapa serangan ke atas wilayah itu
Pegawai agensi pertahanan awam Gaza, Mohammed Al-Mughayyir kemudiannya dalam satu laporan mengesahkan beberapa serangan ke atas wilayah berkenaan telah berlaku selepas pengumuman itu.
“Sejak pengumuman malam tadi mengenai persetujuan terhadap rangka kerja gencatan senjata yang dicadangkan di Gaza, beberapa letupan telah dilaporkan, khususnya di utara Gaza,” katanya dipetik Kosmo.
9 orang terbunuh dalam serangan udara Israel
Lebih mengejutkan, agensi berita WAFA melaporkan sembilan rakyat Palestin terbunuh akibat tembakan dan bedilan rejim zionis di kawasan Semenanjung Gaza sejak awal pagi Khamis.
Mereka kemudiannya mengesahkan lima jenazah dibawa ke Kompleks Perubatan Al-Shifa di Bandar Gaza, manakala tiga ke Hospital Al-Ahli Baptist dan seorang lagi ke Hospital Nasser di Khan Yunis.
Kabinet Israel luluskan gencatan senjata dan mahu tebusan dibebaskan
Namun terbaharu, media melaporkan kerajaan Israel meluluskan gencatan senjata dengan pejuang Hamas sekali gus menamatkan pertempuran di Gaza dalam tempoh 24 jam selain pembebasan tebusan Israel dalam 72 jam selepas itu.
Perjanjian pada awal pagi Jumaat itu dipersetujui susulan rundingan insentif pihak pengantara sejak 24 jam lepas.
Difahamkan, tebusan Israel akan ditukar dengan tahanan Palestin serta pengunduran tentera Israel dari Gaza secara berperingkat menerusi pelan gencatan senjata yang disokong Trump bagi menamatkan perang sejak dua tahun lalu.
“Kerajaan kini sudah meluluskan kerangka bagi pembebasan semua tebusan, sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia,” kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di X.
WATCH: Remarks by Prime Minister Benjamin Netanyahu at the government meeting for the approval of the hostages release framework, together with President Trump's Special Envoy to the Middle East, @SteveWitkoff, and with the President's son-in-law, @JaredKushner. pic.twitter.com/zMALibPcEY
— Prime Minister of Israel (@IsraeliPM) October 9, 2025
Source:

![“Untuk Paranormal Ke Bang?” – Rumah Inap RM10 Di Genting Highlands Macam Rumah Terbiar Buat Ramai Seriau [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)

