‘Kabinet kecam keras kenyataan didakwa hina sahabat Nabi’ – Fahmi

LocalPolitics
13 May 2026 • 9:53 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Fahmi Fadzil ulas isu berkaitan dakwaan hina sahabat Nabi.

Kerajaan mengkritik kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, yang didakwa mengandungi unsur penghinaan terhadap sahabat Nabi Muhammad SAW ketika satu ceramah politik di Kuala Terengganu, Ahad lalu.

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil, memaklumkan bahawa perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan kerajaan berpandangan tindakan berkenaan disifatkan sebagai tidak boleh diterima sama sekali.

Beliau berkata, Jemaah Menteri mengambil maklum bahawa beberapa laporan polis telah dibuat berhubung perkara tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Jemaah Menteri dimaklumkan terdapat sejumlah laporan polis yang sudah dan sedang dibuat, maka kita serah kepada pihak berkuasa, terutama mungkin majlis atau jabatan agama berkaitan untuk melakukan siasatan.

“Bagaimanapun, sehingga sekarang, respon dalam media sosial itu sangat panas mengenai isu ini dan kita faham,” katanya.

Baca juga:

Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Zawawi Salleh, memohon maaf berhubung kenyataan beliau sebelum ini yang menimbulkan kekeliruan dan sensitiviti apabila mengaitkan beberapa tokoh sahabat Rasulullah SAW.

Beliau menegaskan bahawa tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina para sahabat, sebaliknya mengakui berlaku kesilapan dalam penggunaan perkataan dan sandaran fakta dalam ucapannya sebelum ini.

Sumber: Berita Harian

The post ‘Kabinet kecam keras kenyataan didakwa hina sahabat Nabi’ – Fahmi appeared first on The Reporter.