Isu Hina Sahabat Nabi: Kerajaan Serah Kepada Pihak Berkuasa Untuk Siasatan – Fahmi Fadzil

LocalPolitics
13 May 2026 • 6:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft fahmi

Jemaah Menteri mengecam sekeras-kerasnya terhadap kenyataan yag diberikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang dianggap menghinnna sahabat nabi Muhammad SAW dalam satu program ceramah politik yang berlangsung di Kuala Terengganu pada Ahad lalu.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata, isu tersebut dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan tindakan Ahli Parlimen Pasir Puteh itu tidak boleh diterima sama sekali.

Artikel berkaitan: Isu Kerakyatan Rakyat China, Menteri Dalam Negeri Tegaskan Proses Tertakluk Perlembagaan

Artikel berkaitan: Nik Zawawi Nafi Hina Sahabat Nabi, Dakwa Istilah ‘Bapa Ceti’ Hanya Untuk Mudahkan Faham Sejarah

Tambah beliau, pihak Kabinet telah menyerahkan ia kepada pihak berkuasa, termasuklah polis dan pihak berkuasa agama untuk menyiasat perkara tersebut.

“Jemaah Menteri dimaklumkan terdapat sejumlah laporan polis yang sudah dan sedang dibuat, maka kita serah kepada pihak berkuasa, terutama mungkin majlis atau jabatan agama berkaitan untuk melakukan siasatan.”

“Bagaimanapun, sehingga sekarang, respon dalam media sosial itu sangat panas mengenai isu ini dan kita faham.”

Screenshot 2026 05 13 182731

Hari ini, Nik Muhammad Zawawi telah memohonn maaf dan menarik balik kenyataannya yang mengaitkan sahabat nabi Muhammad SAW dengan istilah yag menghina dalam program ceramah politik di Kuala Tereggannu, Ahad lalu.

Beliau akui bahawa dirinya kurang cermat dalam menyampaikan maklumat sehingga boleh mencetuskan kontroversi dan telah menyinggung perasaan pelbagai pihak.

Sumber : Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.