Kabinet lulus jenama semula PPR kepada Program Residensi Rakyat

5 Sep 2024 • 12:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

JOHOR BAHRU, 5 SEPT: Kabinet telah meluluskan penjenamaan semula Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada Program Residensi Rakyat (PRR).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata program itu dijangka bermula di Johor tahun depan dengan Larkin berkemungkinan menjadi lokasi pertama pembinaannya.

“Program PRR baru dapat kelulusan kabinet minggu ini. Kita akan bawakan konsep baharu, menampilkan PRR dengan kualiti yang lebih tinggi, tetapi harga masih amat berpatutan.

“Lokasi pertama saya jangka bermula dari selatan iaitu negeri Johor dan kemungkinan besar di Larkin,” katanya ketika diminta mengulas mengenai PRR pada sidang media selepas merasmikan Program Sentuhan Kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Residensi Pelangi Indah di sini hari ini.

Beliau berkata sebarang perincian lanjut mengenai pembinaan PRR akan diumumkan kemudian.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved