Kabinet Sabah akan dirombak: Hajiji

Politics
7 Jan 2023 • 11:40 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada Jumaat mengumumkan Kabinet kerajaan negeri akan dirombak.

Bagaimanapun, perincian mengenai perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan pada Jumaat.

Rabu lepas, Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Masidi Manjun berkata parti itu bersedia untuk membuktikan keabsahan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri, susulan difahamkan ada pihak tertentu mendakwa memperoleh lebih separuh sokongan untuk membolehkan kumpulan itu menubuhkan kerajaan negeri baharu.

Khamis lalu, semua tujuh Adun Pakatan Harapan Sabah berkata mereka tidak akan menyokong kerajaan yang dibentuk melalui ‘pintu belakang’ dan berpendirian sebarang usaha untuk menubuhkan kerajaan baharu seharusnya berdasarkan agenda yang konstruktif dan polisi yang baik, demi kepentingan rakyat negeri itu.

DUN Sabah mempunyai 79 Adun iaitu 73 Adun yang dipilih dan enam Adun dilantik.

Kerajaan Sabah pada masa ini mempunyai sokongan 59 Adun iaitu 29 daripada GRS, Barisan Nasional (17), PH (tujuh), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (3) dan masing-masing seorang Adun daripada Parti Bangsa Malaysia, Parti Harapan Rakyat Sabah dan Bebas.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.