Tiga ADUN KDM percaya Hajiji sudah tiada sokongan majoriti

LocalPolitics
7 Jan 2023 • 1:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hajiji

KOTA KINABALU - Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony bersama dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu percaya bahawa Datuk Seri Hajiji Noor tidak lagi mempunyai majoriti yang cukup sebagai Ketua Menteri Sabah.

Peter yang juga ADUN Melalap bersama ADUN Limbahau, Juil Nuatim dan ADUN Bandau, Datuk Wetrom Bahanda menyatakan perkara itu dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Jumaat.

"Kami percaya bahawa ADUN Sulaman, Datuk Seri Hajiji Noor sudah tidak lagi mempunyai majoriti yang cukup sebagai Ketua Menteri Sabah.

"Merujuk kepada Perkara 6(3) dibaca dengan Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah, yang menyatakan bahawa Ketua Menteri sebagai Ketua Parti yang mendapat majoriti bilangan kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-16 tahun 2020.

"Seterusnya, di bawah Perkara 7(1) Perlembagaan Negeri Sabah, Hajiji hendaklah meletakkan jawatan serta-merta," kata kenyataan bersama itu.

Sehubungan itu, KDM Sabah menyerahkan kepada kebijaksanaan dan budi bicara Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin untuk memutuskan pelantikan Ketua Menteri Sabah yang baharu berdasarkan dengan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Sabah.

Sebelum itu, BN Sabah pada Jumaat mengumumkan untuk menarik sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan itu diambil susulan tindakan Hajiji yang melanggar perjanjian persefahaman politik antara BN Sabah dalam pembentukan kerajaan Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved