Kad Bank Khairul Aming Sampai ‘Declined’, Beli Barang Untuk Mangsa Banjir Bernilai Lebih RM19K

Entertainment
6 Dec 2024 • 4:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, terdapat banyak kawasan di Malaysia yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Pempengaruh serta usahawan terkenal, Khairul Aming merupakan antara individu yang banyak membantu mereka yang terkesan dengan banjir di Kelantan.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan kad bank pemilik Sambal Nyet itu ditolak ketika membuat pembayaran untuk membeli barangan mangsa banjir.

Dalam sesi live yang sikongsikan semula itu, Khairul Aming dilihat ingin membuat pembayaran pakaian berjumlah RM19,330 yang akan diagihkan kepada mangsa banjir.

“Declined. Tolonglah jangan tengok, malu Khairul Aming. Duit orang tapi kad aku tak clear lagi.
Kalau kena reject juga, tunggu saya kena clean apa yang perlu sebab seminggu ni memang tak sempat nak buat apa. Tidur pun tak sempat,” katanya.

Selepas gagal membuat bayaran, dia dilihat cuba untuk membayar dengan kad yang lain tetapi masih ditolak.

Khairul Aming akhirnya memberhentikan sementara sesi live untuk membuat clearance secara atas talian agar pembayaran boleh dilakukan.

“Dia decline sebab overlimit, kita sebab insufficient”

Ramai netizen terhibur melihat telatah pempengaruh itu, ramai juga yang mendoakan agar Khairul Aming sentiasa dimurahkan rezeki.

image is not available

Semoga sentiasa murah rezeki Khairul Aming…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.