Kad Kahwin Inisial ‘M & N’ Tular, Nora Danish Didakwa Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi?

EntertainmentLifestyle
6 Sep 2025 • 7:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia nora Danish 2

Nama pelakon jelita, Nora Danish kembali jadi bualan hangat di media sosial selepas timbul dakwaan bahawa beliau sudah menemui pengganti.

Menurut laporan Oh Bulan, lelaki tersebut dikenali dengan inisial huruf ‘M’ dan lebih mengejutkan, dia dilihat memakai baju Melayu putih lengkap berkopiah, seolah-olah memberi bayangan majlis perkahwinan bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kad misteri bertulis ‘M & N’, tarikh 8 September 2025

@sampinexclusivemy

Tak semua cinta bermula dengan kosong. Ada yang bermula dengan luka… tapi berakhir dengan doa. CeritaKita LukaYangSembuh NikahOutfit

♬ original sound – Sampin Exclusive My – Sampin Exclusive My

Tular di TikTok, satu hantaran menunjukkan kad dengan inisial M dan N berserta tarikh 8 September 2025.

Lebih menguatkan spekulasi, individu yang dikaitkan iaitu Mickey Ayo turut berkongsi beberapa kapsyen yang penuh makna mendalam tentang percintaan.

Dua kali janji terputus, tapi hati ini masih berani mencuba sekali lagi. Mungkin kali ini, janji sampai ke pelamin.

Ini bukan kali pertama sarung baju nikah, tapi harap ini jadi yang terakhir.

Peminat Nora Danish doakan yang terbaik

image is not available

Walaupun Nora Danish dan lelaki berkenaan belum memberi sebarang penjelasan, netizen dan para peminat tetap mendoakan agar hubungan mereka berjalan lancar hingga ke jinjang pelamin.

Pssttt! Setiap insan berhak pada peluang kedua dalam percintaan. Semoga apa jua keputusan Nora kali ini membawa kebahagiaan yang hakiki.

Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.