Kad kahwin tular, Arif Aiman bakal tamatkan zaman bujang esok?

24 May 2026 • 10:52 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman dikhabarkan bakal mengakhiri zaman bujang apabila didakwa bakal melangsungkan perkahwinan pada Isnin.

Bakal menikah esok?

Image from: Kad kahwin tular, Arif Aiman bakal tamatkan zaman bujang esok?

Menerusi perkongsian di TikTok, bintang sensasi skuad Harimau Selatan itu difahamkan akan bernikah dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Nurul Aliah Natasha.

@hmetromy

Bintang sensasi Johor Darul Ta"zim (JDT), Arif Aiman Hanapi bakal menamatkan zaman bujangnya apabila dijadual melangsungkan perkahwinan pada 25 Mei ini.

♬ original sound - Harian Metro - Harian Metro

Perkara itu mula menjadi perhatian netizen selepas sekeping kad undangan dipercayai milik pasangan berkenaan tular di media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan ucapan tahniah daripada peminat.

Image from: Kad kahwin tular, Arif Aiman bakal tamatkan zaman bujang esok?

Majlis akad nikah pasangan tersebut dijangka berlangsung di sebuah lokasi di Johor Bahru dan turut dikatakan akan dihadiri Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa gembira selain mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan dan majlis berlangsung dalam keadaan lancar.

Tahniah

Image from: Kad kahwin tular, Arif Aiman bakal tamatkan zaman bujang esok?

Alhamdulillah, jodoh dah sampai

Image from: Kad kahwin tular, Arif Aiman bakal tamatkan zaman bujang esok?

Moga dipermudah urusan

Image from: Kad kahwin tular, Arif Aiman bakal tamatkan zaman bujang esok?

Artikel lain: Arif Aiman luang masa ziarah Faisal Halim & beri kata-kata semangat

Terdahulu, Arif mencuri tumpuan apabila dinobatkan sebagai Man of the Match dalam aksi final Piala Malaysia 2025/2026 menentang Kuching City FC pada Sabtu lalu.

Dalam perlawanan tersebut, JDT berjaya menjulang trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Kuching City FC dengan keputusan 2-0.

Sumber: TikTok Harian Metro

View Original Article