Kad mikro-SD Samsung ini kalis air, suhu, X-ray, magnet, dan jatuh

Digital
18 Jul 2022 • 5:48 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Samsung telah membawa masuk siri kad mikro-SD tahan lasak mereka ke Malaysia. Samsung siri Pro Endurance dikatakan mampu melakukan rakaman selanjar selama 16 tahun tanpa masalah. Kad-kad ini ditujukan untuk kegunaan kamera keselamatan yang perlu bekerja tanpa henti.

image is not available

Kad ini dikatakan kalis daripada 6 unsur ini iaitu air, suhu, x-ray, magnet, jatuh, dan haus. Sebanyak 4 pilihan luas storan disediakan iaitu 32GB, 64GB, 128GB, dan 256GB untuk dipilh. Pada sudut prestasi perpindahan data, ia bileh dibaca pada kelajuan 100MB/s dan ditulis pada kepantasan sehingga 40MB/s.

image is not available

Meletakkan keyakinan tinggi terhadap produk mereka, Samsung memberikan jaminan sehingga 5 tahun sebagai perlindungan tambahan siri kad mikro-SD ini.

image is not available

Seandainya anda berminat untuk dapatkannya, ia dijual di Lazada, Shopee, dan semua pengedar sah produk Samsung di seluruh negara. Harga jualannya adalah seperti berikut:

  • Samsung mikro-SD Pro Endurance 32GB RM44
  • Samsung mikro-SD Pro Endurance 64GB RM110
  • Samsung mikro-SD Pro Endurance 128GB RM198
  • Samsung mikro-SD Pro Endurance 256GB RM353

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved