Samsung Galaxy S23 Dijangka Dijana Menggunakan Cip Snapdragon Sepenuhnya – Tiada Exynos?

TechnologyDigital
9 Jul 2022 • 4:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
S22 Ultra

Penganalisa popular, Ming-Chi Kuo kini menyasarkan Qualcomm akan menjadi satu-satunya pembekal cip pemprosesan untuk siri telefon pintar Samsung akan datang, iaitu Galaxy S23.

Ia dikatakan sebagai peningkatan berbanding hanya 70% untuk siri Galaxy S22 sebelum ini. Untuk makluman, sebelum ini Samsung memasarkan peranti dengan cip Exynos untuk pasaran Malaysia, tetapi tahun ini ia dijana dengan cip Snapdragon sepenuhnya.

image is not available

Samsung dikatakan tidak akan menggunakan Exynos kerana ia tidak boleh bersaing dengan cip Snapdragon dalam semua aspek – termasuk pemprosesan dan juga penggunaan tenaga.

Ini juga sekaligus akan membolehkan Qualcomm mempunyai pegangan yang lebih kukuh dalam pasaran telefon mercu Android pada 2023 kelak.