Kad raya tetap jadi pilihan Agong utus ucapan Aidilfitri

23 Mar 2025 • 3:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Ibrahim berkenan menandatangani kad Hari Raya Aidilfitri untuk diutuskan kepada senarai penerima yang telah diperkenankan. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Walaupun dengan kecanggihan teknologi komunikasi seperti telefon bimbit untuk menyampaikan ucapan salam Aidilfitri, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim masih memilih cara tradisional menggunakan kad hari raya.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berkenan menandatangani kad Hari Raya Aidilfitri untuk diutuskan kepada senarai penerima yang telah diperkenankan Sultan Ibrahim.

Tradisi tahunan ini amat dekat di hati Seri Paduka Baginda, kerana ia mengimbau kembali zaman sebelum kemajuan teknologi komunikasi, menurut hantaran itu.

"Dahulu, tiada telefon bimbit, tiada SMS, WhatsApp dan sebagainya.

"Beginilah cara kita berhubung iaitu mengutus kad, menulis ucapan dan menurunkan tanda tangan,” titah Seri Paduka Baginda, mengenang keindahan amalan silam yang penuh makna. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved