Kad Touch ‘n Go Edisi Hari Merdeka Dilancarkan

TechnologyDigital
30 Aug 2024 • 9:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Touch ‘n Go card telah melancarkan kad NFC Touch ‘n Go card dan juga beg edisi khas sempena Hari Merdeka ke-67. Kedua-dua kad dan beg edisi terhad ini dihasilkan menerusi kerjasama dengan jenama tempatan Loka Made.

image is not available

Rekaan memaparkan beberapa lokasi ikonik di seluruh Malaysia seperti Menara Berkembar PETRONAS, bangunan Stadthuys Melaka, Menara KL, menara Komtar, Bangunan Sultan Ibrahim, Dataran Lang, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan banyak lagi.

Kedua-duanya boleh dibeli menerusi kedai Touch ‘n Go Sales di Nu Sentral dan Bangsar South,serta gedung rasmi mereka di Shope dan Lazada. Ia boleh dibeli pad harga RM25 untuk kad NFC sahaja atau RM60 untuk berkas bersama dengan beg. Jumlah adalah terhad kerana 8700 keping kad dan 300 berkas akan ditawarkan oleh Touch ‘n Go.