“Kad UNHCR, DPP Bukan Untuk Layakkan Pelarian Duduk Sini, Tapi Perlu Dikeluarkan Dari Malaysia” – Radzi Jidin [Video]

LocalPolitics
20 Nov 2026 • 10:43 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Kad UNHCR, DPP Bukan Untuk Layakkan Pelarian Duduk Sini, Tapi Perlu Dikeluarkan Dari Malaysia” – Radzi Jidin [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd Radzi Md Jidin menggesa kerajaan supaya mengambil langkah tegas selepas Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mengumumkan penghentian pendaftaran baharu pelarian dan pemohon suaka bermula 18 November 2026.

Jelasnya, perkara utama yang perlu difokuskan adalah mendapatkan akses data pelarian yang telah didaftarkan oleh UNHCR bagi memastikan tiada lagi pertambahan pendaftaran pada masa akan datang.

Dalam masa sama, beliau turut menggesa kerajaan supaya memastikan UNHCR tidak lagi memproses permohonan lama kemasukan pelarian ke Malaysia.

“Sekarang, persoalan yang paling banyak ditanya oleh rakyat di luar sana ialah, apakah UNHCR akan benar-benar menghentikan pendaftaran pelarian baharu ini? Bagaimana kita hendak tahu kalau pendaftaran masih dibuat?” soalnya semasa sidang media di Parlimen semalam (19 November).

Radzi Dakwa Warga Asing Menetap Di Malaysia Melalui Pas Pelawat, Gesa UNHCR Henti Proses Permohonan Kemasukan Pelarian Baharu

Beliau mendakwa bahawa warga asing boleh mendapat akses pendaftaran masuk ke Malaysia menggunakan pas pelawat secara atas talian (online) dan sebaik tiba di Malaysia, golongan ini akan memohon kad UNHCR untuk menetap di negara ini.

“Sebagai negara berdaulat, UNHCR tidak boleh diberi kuasa sewenang-wenangnya mendaftar sesiapa sahaja sebagai pelarian dan apatah lagi pada 23 Julai 2021, Timbalan Menteri Luar Negeri pada waktu itu menjelaskan bahawa kabinet telah meminta UNHCR menghentikan pendaftaran.

“Tetapi kita ada bukti bagaimana pendaftaran masih dilaksanakan. Bila saya tanya soalan itu kepada Timbalan Menteri, dia jawab UNHCR sedang memproses permohonan lama,” katanya.

Kerajaan Perlu Jelas Tentang Pendirian Malaysia Untuk Hantar Pelarian Ke Negara Ke-3 – Radzi

Tambahnya lagi, kerajaan perlu memberi mesej yang jelas kepada pihak berkuasa antarabangsa mengenai pendirian Malaysia untuk tidak menerima lagi pelarian baharu.

“Kad UNHCR ataupun kad DPP (Dokumen Pendaftaran Pelarian) ini sebenarnya bukan untuk melayakkan mereka duduk di sini. Kedua-dua kad ini adalah untuk menunjukkan bahawa mereka perlu dikeluarkan dari Malaysia.

“Itu kita nak kena jelas. Jangan kita bagi mesej bahawa dengan adanya (kad) DPP dan UNHCR ni mereka boleh tinggal (di Malaysia). Tidak. Kita tidak menandatangani mana-mana convention berkaitan dengan pelarian.

“Sebab itu kerajaan kena tegas. Kad ini tiada, yang mana kita pastikan supaya yang mana kita rekodkan, yang inilah kita akan hantar kepada negara ketiga atau kepada negara asal,” tegasnya.

View on Threads

‘Ada 225,000 Pelarian Di Malaysia, Perlu Ambil Masa 111 Tahun Jika Hantar 2,000 Orang Setahun’ – Radzi

Radzi berkata, tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha mencari penyelesaian bagi lebih 225,000 pelarian yang telah berdaftar, sama ada dengan menempatkan mereka di negara ketiga atau menghantar mereka pulang ke negara asal.

“Kalau kita ada 225,000 orang pelarian dan dalam tempoh separuh tahun hanya 974 orang dihantar, katakanlah setahun 2,000 orang dihantar, kita perlukan kira-kira 111 tahun untuk menghantar mereka semua keluar,” jelasnya.

Radzi dalam masa sama menyifatkan hanya 974 pelarian dihantar ke negara ketiga dalam tempoh Januari hingga Jun 2026 sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

Sehubungan itu, beliau menyeru kerajaaan mengambil pendekatan yang jauh lebih pantas dan menyeluruh.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Rohingya Di Malaysia Umpama ‘Bom Jangka’, Boleh Gugat Kestabilan Politik – Syed Saddiq [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pelarian Myanmar Ada Rekod Jenayah Akan Jalani Hukuman Di Malaysia Dahulu Sebelum Dihantar Pulang – Saifuddin

Baca Artikel Berkaitan: UNHCR Bimbang, SUHAKAM Gesa Hentikan Selepas Malaysia Hantar Pulang Lebih 1,000 Pelarian Myanmar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved