Apakah kadar baru Pasport Malaysia 2026 yang perlu anda tahu? Bermula 3 Jun 2026, Kerajaan Persekutuan telah menguatkuasakan Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2026 bagi Pasport Malaysia.
Perintah ini yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Fi 1951 memperkenalkan beberapa perubahan utama terhadap kadar fi pasport, termasuk pelaksanaan Pasport Malaysia yang mempunyai tempoh sah laku sehingga 10 tahun.
Artikel berkaitan: Pasport Malaysia Baharu : Ciri-Ciri & Lokasi Pengeluaran
Apa itu Kadar Baru Pasport Malaysia 2026?
Kadar Baharu Pasport Malaysia 2026 merujuk kepada bayaran yang dikenakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi permohonan pasport baharu, pembaharuan pasport serta penggantian pasport yang hilang atau rosak.
Kadar ini berbeza mengikut kategori pemohon seperti warganegara biasa, warga emas, kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan jemaah haji yang layak menerima kadar istimewa.
Selain itu, bagi kes kehilangan pasport, jumlah denda atau fi penggantian akan meningkat berdasarkan bilangan kehilangan yang direkodkan.
Kehilangan kali pertama, kedua dan ketiga serta seterusnya mempunyai kadar bayaran yang berbeza.
Artikel berkaitan: Renew Pasport Malaysia Secara Online (MyOnline Pasport)
Kadar Baru Pasport Malaysia 2026 (Sah Laku 10 Tahun)
Bagi kadar baru Pasport Malaysia untuk sah laku 10 tahun, bayarannya adalah seperti berikut:
| Kategori Pemohon | Kadar Bayaran |
|---|---|
| Pemohon Biasa | RM350 |
| Warga Emas (60 tahun ke atas) | RM175 |
| Orang Kurang Upaya (OKU) (18 tahun ke atas) | Percuma |
| Pegawai dan Kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia | Percuma |


Kadar Denda Pasport Hilang
Bagi kes kehilangan pasport sah laku 10 tahun, kadar denda yang dikenakan bergantung kepada kategori pemohon dan bilangan kehilangan pasport yang direkodkan. Berikut ialah kadar denda yang ditetapkan:
| Bilangan Kehilangan | Biasa (18–59 Tahun) | Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) | OKU (18 Tahun Ke Atas) & Kakitangan Imigresen |
|---|---|---|---|
| Kehilangan Kali Pertama | RM550 | RM375 | RM200 |
| Kehilangan Kali Kedua | RM850 | RM675 | RM500 |
| Kehilangan Kali Ketiga & Seterusnya | RM1,350 | RM1,175 | RM1,000 |



Kadar Baru Pasport Malaysia (Sah Laku 5 Tahun)
Bagi kadar baru Pasport Malaysia untuk sah laku 5 tahun, bayarannya adalah seperti berikut:
| Kategori Pemohon | Kadar Bayaran |
|---|---|
| Pemohon Biasa (13–59 Tahun) | RM200.00 |
| Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) | RM100.00 |
| Kanak-Kanak (12 Tahun Ke Bawah) | RM100.00 |
| Pelajar Mengikuti Program Ijazah di Luar Negara (21 Tahun Ke Bawah) | RM100.00 |
| Jemaah Haji (Dengan Surat Tawaran Lembaga Tabung Haji) | RM100.00 |
| Orang Kelainan Upaya (OKU) | Percuma |
Kadar Denda Pasport Hilang
Bagi kes kehilangan pasport sah laku 5 tahun, kadar denda yang dikenakan bergantung kepada kategori pemohon dan bilangan kehilangan pasport yang direkodkan. Berikut ialah kadar denda yang ditetapkan:
| Kategori Pemohon | Harga Pasport | Kali Pertama | Kali Kedua | Kali Ketiga |
|---|---|---|---|---|
| 13 hingga 59 tahun | RM200 | RM400 | RM700 | RM1,200 |
| 12 tahun ke bawah dan pelajar berumur 21 tahun ke bawah yang melanjutkan pengajian ijazah di luar negara | RM100 | RM300 | RM600 | RM1,100 |
| 60 tahun dan ke atas | RM100 | RM100 (Tanpa Denda) | RM100 (Tanpa Denda) | RM100 (Tanpa Denda) |
| Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) | Percuma | Percuma | Percuma | Percuma |



Maklumat Lanjut
Info lanjut mengenai Pasport Malaysia Baharu ini, sila layari laman web https://www.imi.gov.my.
Soalan Lazim Kadar Baru Pasport Malaysia 2026
Bilakah kadar baharu Pasport Malaysia 2026 mula berkuat kuasa?Kadar baharu ini berkuat kuasa mulai tahun 3 Jun 2026 berdasarkan Perintah Fi (Pasport dan Visa) yang telah diwartakan oleh kerajaan.
Berapakah kadar bayaran pasport biasa bagi pemohon berumur 13 hingga 59 tahun?Kadar bayaran pasport bagi pemohon biasa berumur 13 hingga 59 tahun ialah RM200 untuk pasport sah laku 5 tahun dan RM350 untuk pasport sah laku 10 tahun.
Ya. Warga emas berumur 60 tahun ke atas layak menikmati kadar istimewa iaitu RM100 bagi pasport 5 tahun dan RM175 bagi pasport 10 tahun.
Berapakah kadar bayaran pasport untuk kanak-kanak?Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dikenakan bayaran RM100 bagi pasport sah laku 5 tahun.
Adakah pelajar di luar negara layak menerima kadar istimewa?Ya. Pelajar berumur 21 tahun ke bawah yang mengikuti program ijazah di luar negara layak menikmati kadar bayaran RM100 bagi pasport sah laku 5 tahun.
Berapakah denda bagi kehilangan pasport kali pertama?Denda kehilangan pasport kali pertama bergantung kepada kategori pemohon. Sebagai contoh, pemohon biasa yang memiliki pasport 10 tahun perlu membayar RM550, manakala pemegang pasport 5 tahun dikenakan bayaran RM400.
Adakah pasport Malaysia kini mempunyai tempoh sah laku 10 tahun?Ya. Kerajaan telah memperkenalkan Pasport Malaysia dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun untuk kategori pemohon yang layak.
Artikel berkaitan: Pasport Hilang Ketika Melancong: Apa Perlu Buat?
