Honor MagicPad 4 Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3399

TechnologyDigital
4 Jun 2026 • 9:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor MagicPad 4 Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3399

Honor MagicPad 4 turut dilancarkan di Malaysia dengan kemampuan menjalankan Android dan Linux secara serentak. Selain itu, ia turut menawarkan mod PC dengan antara muka mirip Windows sesuai untuk pengguna yang mahukan pengalaman kerja ala desktop.

Image from: Honor MagicPad 4 Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3399
Image from: Honor MagicPad 4 Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3399

Tablet ini dilengkapi skrin OLED 12.3 inci resolusi 3000 x 1920 piksel, kadar segar semula 165Hz serta nisbah skrin-ke-badan 93%. Ini digabungkan dengan cip Snapdragon 8 Gen 5, memori sehingga 16GB RAM, storan dalaman 512GB dan sistem MagicOS 10 berasaskan Android 16. Selain itu, ia boleh digunakan sebagai skrin kedua untuk MacBook serta menyokong pemindahan fail dengan iPhone.

Image from: Honor MagicPad 4 Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3399
Image from: Honor MagicPad 4 Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3399

Honor MagicPad 4 turut disokong oleh bateri 10,100mAh dengan pengecasan pantas 66W. Ia juga dilengkapi kamera belakang 13MP (f/2.0) dan kamera hadapan 9MP (f/2.2). Di samping itu, ciri tambahan seperti sokongan Wi-Fi 7 dan Bluetooth 6.0 bagi menjadikannya sebuah tablet yang sesuai digunakan bukan sahaja untuk hiburan malah juga untuk produktiviti harian.

Image from: Honor MagicPad 4 Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3399
Image from: Honor MagicPad 4 Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3399

Honor MagicPad 4 ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM3,399 untuk model 12GB RAM + 256GB ROM dalam warna Grey dan White serta RM3,999 untuk model 16GB RAM + 512GB ROM juga dalam warna yang sama.

Image from: Honor MagicPad 4 Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3399
Image from: Honor MagicPad 4 Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3399