Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Business & Finance
13 Sep 2023 • 11:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KADAR jangka pendek dijangka kekal stabil pada Rabu berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM33.78 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.77 bilion dalam dana Islam.

Pada Rabu, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional, iaitu tender bernilai RM1 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM500 juta untuk 14 hari serta tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion untuk 30 hari.

BNM akan turut mengeluarkan tender Bil Antara Bank Islam Bank Negara (BNIBI) bernilai RM1 bilion untuk 31 hari pada 15 September.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, ia akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM33.8 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM17.8 bilion. - Bernama