Kadar Kelahiran Di Malaysia Turun 11.5%, Suku Pertama 2025 Catat Rekod Terendah

LocalFamily & Parenting
14 May 2025 • 4:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menurut laporan dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah kelahiran hidup di Malaysia telah mengalami penurunan 11.5% kepada 93,500 pada suku pertama 2025, berbanding 105,613 kelahiran pada suku pertama 2024.

Memetik laporan Astro Awani, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia, menyatakan bahawa jumlah kelahiran hidup ini merupakan rekod terendah yang pernah dicatatkan. Nisbah jantina bagi kelahiran hidup menunjukkan 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

image is not available

gambar hiasan

Selangor mencatatkan bilangan kelahiran tertinggi dengan 18,254 (19.5 peratus), manakala Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan yang terendah dengan 278 kelahiran (0.3 peratus).

Sebahagian besar kelahiran adalah daripada ibu yang berusia 30-39 tahun, dengan 49,816 kelahiran (53.3%), diikuti oleh ibu berusia 20-29 tahun (39.3%). 1.4% kelahiran melibatkan ibu yang berusia kurang daripada 20 tahun, dan hanya tiga kelahiran direkodkan bagi ibu berusia 55 tahun ke atas.

Penurunan juga dicatatkan dalam kalangan etnik Cina dan India, dengan masing-masing berkurang sebanyak 1% dan 0.4% berbanding tahun lalu.

image is not available

gambar hiasan

Dalam pada itu, jumlah penduduk Malaysia kini dianggarkan sebanyak 34.2 juta, meningkat 0.9% berbanding 33.9 juta pada suku pertama 2024. Namun, penduduk muda (0-14 tahun) menunjukkan penurunan sedikit dari 22.3% kepada 22.2%.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 3 weeks ago

Pelajar Universiti Kantoi Rakam Video Ramai Perempuan, Berpurdah & Wanita Hamil Pun Ada! - "Katanya Buat Stock Puaskan Nafsu"