Kadar Pengangguran Menurun Ke Paras Terendah – PM Anwar

LocalPolitics
11 Jan 2026 • 12:16 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kadar pengangguran negara mengalami penurunan ke paras terendah iaitu 2.9 peratus dalam tempoh 11 tahun setakat akhir tahun 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa pasaran buruh di pelbagai sektor kekal stabil, didukung kedudukan ekonomi yang semakin menggalakkan.

“Ini hasil usaha keras Kerajaan MADANI membina dan mengukuhkan semula asas negara sejak tiga tahun lalu.

“Kita akan terus bekerja keras memastikan pertumbuhan ini benar-benar diterjemah kepada peluang pekerjaan yang lebih baik, pendapatan bermaruah dan masa depan yang lebih terjamin untuk rakyat, InsyaAllah,” katanya.

BACA: Anwar Duduk Semeja Dengan Mesut Ozil

Sementara itu, Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan sebelum ini berkata jumlah tenaga buruh meningkat 0.2 peratus kepada 17.61 juta orang pada November 2025 berbanding 17.58 juta orang pada Oktober 2025 manakala kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.9 peratus, lapor Bernama.

Sumber: Anwar Ibrahim

The post Kadar Pengangguran Menurun Ke Paras Terendah – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.