Kadar Tol Semasa Dikekalkan Pada Tahun Hadapan – Nanta

LocalPolitics
18 Dec 2025 • 9:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kadar Tol Semasa Dikekalkan Pada Tahun Hadapan – Nanta

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Kerajaan akan meneruskan kadar tol seperti biasa pada tahun hadapan melibatkan 10 lebuh raya utama di seluruh negara sebagai usaha melindungi kebajikan rakyat.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata 10 lebuh raya terlibat ialah Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).

Selain itu, beliau berkata Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) serta Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) turut dikekalkan kadar tol.

“Keputusan ini selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lepas dalam Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia, yang kerajaan telah bersetuju supaya rakyat terus menikmati kadar tol sedia ada tanpa sebarang kenaikan.

“Perkara ini kemudian telah dipersetujui secara retrospektif dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan kadar tol itu,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Nanta berkata langkah berkenaan membuktikan kesungguhan kerajaan dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya pengguna lebuh raya dengan memastikan tiada sebarang kenaikan kadar tol dilaksanakan sepanjang tahun hadapan.

Beliau berkata walaupun kerajaan perlu menanggung implikasi kewangan yang besar dengan pampasan berjumlah RM591.56 juta bagi 2026, kerajaan tetap memilih untuk mendahulukan kepentingan rakyat.

“Peruntukan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.

“Kementerian Kerja Raya akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan pengurusan lebuh raya negara kekal mampan, efisien dan selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang mengutamakan rakyat,” katanya.

Sumber: Bernama

The post Kadar Tol Semasa Dikekalkan Pada Tahun Hadapan – Nanta appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved