Tiada Kenaikan Tol Bagi 10 Konsesi Lebuh Raya Pada Tahun Hadapan

LocalPolitics
18 Dec 2025 • 7:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata walaupun perkara itu akan mendatangkan kesan implikasi kewangan kepada kerajaan, namun jumlah itu akan ditanggung kerajaan.

"Perkara itu akan diperincikan oleh Kementerian Kerja Raya kelak," katanya pada sidang media mingguan di Kompleks Angkasapuri, sebentar tadi.

10 lebuhraya terbabit ialah:

Lebuhraya Cheras–Kajang (GRANDSAGA)Lebuhraya KL–Kuala Selangor (LATAR)Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB)Lebuhraya Senai–Desaru (SDE)Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)Lebuhraya Duta–Ulu Kelang (DUKE)Lebuhraya Kuala Lumpur–Putrajaya (MEX)Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah