Kadar zakat fitrah Pulau Pinang RM7, RM10, RM15 dan RM21

LocalPolitics
27 Feb 2025 • 4:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MAINPP mengumumkan empat kadar zakat fitrah bagi tahun 2025 iaitu RM7, RM10, RM15 dan RM21. (Gambar kecil: Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid)

SEBERANG JAYA - Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengumumkan empat kadar zakat fitrah bagi tahun 2025 iaitu RM7, RM10, RM15 dan RM21.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, kadar zakat itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 3 dan 4 Februari lalu.

Menurutnya, mesyuarat tersebut bersetuju bahawa nilai makanan asasi penduduk Pulau Pinang ialah RM10.00, manakala nilai yang lain adalah merujuk kepada kadar makanan diri sendiri.

"Mesyuarat juga bersetuju untuk penambahan penetapan nilai zakat fitrah Pulau Pinang bagi tahun ini dengan nilai RM7, RM10, RM15 dan RM25.

"RM7 bagi kumpulan yang makan beras jenis super special tempatan 5 peratus, beras hancur atau lain-lain jenis yang setara dengannya, RM10 bagi kumpulan yang makan beras jenis beras putih import atau lain-lain jenis yang setara dengannya.

"Sementara bagi RM15, ia bagi kumpulan yang makan beras rebus, 'Thai white rice', beras perang atau yang setara dengannya manakala RM25 untuk kumpulan makan beras jenis berkualiti tinggi seperti beras wangi, beras pulut, beras herba ponni, beras calrose, beras merah import dan beras basmathi atau yang setara dengannya," katanya.

Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap di Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah dan Sumbangan Ehya Ramadan Kerajaan Pulau Pinang di sini pada Khamis.

AKAN MENYUSUL