Kadar zakat fitrah Selangor ikut jenis beras dimakan

15 Mar 2023 • 5:00 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

SHAH ALAM: Kadar zakat fitrah di Selangor pada tahun ini mengikut harga beras yang dimakan iaitu RM7, RM14 dan RM21 seorang.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu kenyataan berkata, kaedah tersebut dilaksanakan sejak 2018 lagi.

image is not available

Menurut kenyataan itu, zakat fitrah RM7 merupakan kadar minima bagi umat Islam yang menggunakan beras jenis ‘super special’ tempatan sebagai makanan harian.

“Sementara kadar RM14 adalah daripada beras jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi.”

“Manakala bagi kadar RM21 pula untuk umat Islam yang menjadikan makanan hariannya beras jenis basmathi, beras Jepun, beras merah dan setaraf dengannya,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

image is not available

Ujar kenyataan itu, LZS memperkenalkan tiga jenis kupon fitrah berwarna mengikut nilai iaitu RM7 (hijau), RM14 (merah) dan RM21 (hijau).

Menurut kenyataan itu juga, LZS melantik seramai 2,642 orang Penolong Amil Fitrah (PAF) di seluruh Selangor sepanjang Ramadan ini bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah.

“Orang ramai diingatkan untuk menunaikan zakat fitrah kepada Penolong Amil Fitrah yang dilantik berdasarkan kad tauliah & sijil lantikan disahkan oleh LZS.”