Kaedah siasatan siber kekang jenayah syariah moden – peguam 

LocalTechnology
31 Jul 2026 • 6:38 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kaedah siasatan siber kekang jenayah syariah moden – peguam 

PETALING JAYA: Penggunaan kaedah siasatan siber amat relevan bagi mengekang pelbagai bentuk jenayah syariah moden di ruang digital, menurut pengamal undang-undang.

Menurut peguam syarie, Muhammad Aiman Mohamad Zulkifli, antara jenayah syariah moden termasuk penipuan dan pemalsuan sijil nikah menerusi kes nikah sindiket yang semakin berleluasa.

Beliau berkata, peruntukan perundangan syariah ketika ini pada dasarnya adalah mencukupi untuk mengendalikan kes-kes berkaitan.

Bagaimanapun jelasnya, semakan dan penambahbaikan perlu dilakukan secara berkala atau setiap tahun bagi menutupi sebarang `lacuna’ (lompang undang-undang) yang wujud seiring dengan kepantasan perkembangan teknologi.

Ini kerana katanya, mahkamah syariah kini bersikap lebih terbuka dalam penerimaan bukti digital antaranya pengesahan lafaz cerai oleh suami menerusi peranti elektronik yang diterima sebagai lafaz sah di mahkamah.

“Walau bagaimanapun, dalam kes yang melibatkan perbicaraan (kes bicara), kemahiran serta peranan peguam syarie amat krusial untuk menentukan sama ada dokumen digital tersebut mampu ditender sebagai Dokumen Pameran (P/D) atau sekadar Dokumen Identiti (ID).

“Ini kerana mengikut prinsip keterangan undang-undang, segala dokumen berbentuk digital secara umumnya masih dikategorikan sebagai bukti sekunder,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan diminta mengkaji mekanisme yang membolehkan penggunaan kaedah di bawah undang-undang jenayah siber seperti pengesanan akaun, forensik digital dan kerjasama rentas sempadan bagi membantu siasatan kesalahan syariah seperti penyebaran ajaran sesat dan doktrin palsu di Wilayah Persekutuan.

Menurut Senator Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, langkah itu penting berikutan penyalahgunaan platform digital untuk menyebarkan ajaran sesat, doktrin palsu serta fahaman yang menyasarkan umat Islam, kini mencabar apabila dilakukan menerusi media sosial.

Dalam pada itu, Muhammad Aiman berkata, sebarang cadangan perlu disemak dan dirujuk secara teliti supaya isu perluasan kuasa siasatan tidak bercanggah dengan bidang kuasa jenayah Persekutuan.

Katanya, langkah itu penting memandangkan had limitatif bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Mahkamah Syariah adalah sangat terhad.

“Penyelesaian terbaik adalah dengan mewujudkan satu Akta Khas Mahkamah Syariah yang berasingan dan khusus bagi mentakrifkan kuasa siasatan digital tersebut.

“Langkah ini adalah seumpama penubuhan Mahkamah Perusahaan yang ditubuhkan secara khusus di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk mengendalikan skop dan pertikaian tertentu,”katanya. – UTUSAN

The post Kaedah siasatan siber kekang jenayah syariah moden – peguam  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved