KAEN Properties sedia pengurusan pelaburan hartanah

Business & FinanceProperty
4 Aug 2026 • 10:02 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: KAEN Properties sedia pengurusan pelaburan hartanah

PETALING JAYA – KAEN Pro­perties baru-baru ini memper­kenalkan penyelesaian pengurusan hartanah pelaburan yang membantu pelabur mengurus hartanah sewaan secara lebih sistematik, meningkatkan kecekapan penyewaan, mengurangkan beban pengurusan dan mengekalkan pulangan sewaan dalam jangka panjang.

Pengasasnya, Kason Khoo berkata, pelaburan hartanah sering dilihat sebagai salah satu instrumen untuk membina aset dan kekayaan jangka panjang. Namun, prestasi sesebuah hartanah pelaburan bukan hanya bergantung kepada pembe­lian aset, sebaliknya turut dipe­ngaruhi oleh pengurusan selepas pembelian.

Menurut beliau, antara aspek penting termasuk penyediaan unit, pengubahsuaian, pemasaran sewaan, pemilihan penyewa, kutipan sewa, penyelenggaraan berkala serta pengurusan tempoh kekosongan.

Image from: KAEN Properties sedia pengurusan pelaburan hartanah

 

“Ramai beranggapan tugas mereka selesai selepas membeli hartanah tetapi hakikatnya, cabaran sebenar bermula apabila pelabur perlu menyediakan unit untuk disewa, mendapatkan penyewa yang sesuai dan meng­urus hartanah itu secara konsisten.

“Bagi memenuhi keperluan tersebut, KAEN Properties membangunkan sistem Peng­urusan Pelaburan Hartanah yang merangkumi empat komponen utama iaitu pilihan projek, pelaburan pengubahsuaian, pelaksanaan sewaan dan juga pengurusan penyewa,” katanya dalam kenyataan.

KAEN Properties turut mene­rima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records menerusi rekod ‘Fastest Built-in Rental-ready Setup of a Condominium Unit’ yang dicapai melalui Kensho Residence, Taman Desa apabila pasukannya berjaya menyiapkan sebuah unit kondominium sehingga mencapai keadaan sedia untuk disewa dalam tempoh tiga hari selepas kelulusan kerja diperoleh.

Kason berkata, pencapaian tersebut mencerminkan keupayaan pasukan dalam menyelaras proses penyediaan unit secara sistematik melalui pe­rancangan awal, koordinasi kerja dan pengurusan projek yang le­bih teratur.

Bersandarkan pengalaman sebenar mengurus hartanah pelaburan dengan mengambil kira kebolehsewaan unit, permintaan pasaran, kawalan bajet pengubahsuaian, tempoh kekosongan serta kestabilan nilai sewa, maka wujudlah sistem baharu itu untuk meningkatkan daya saing syarikat.

Mengulas lanjut, bagi komponen pelaburan pengubahsuaian, KAEN Properties tidak me­numpukan kepada reka bentuk mewah semata-mata, sebaliknya setiap pengubahsuaian dirancang berdasarkan fungsi ruang, ketahanan bahan, ruang penyimpanan, kos penyelenggaraan dan keselesaan penyewa.

“Matlamat pengubahsuaian hartanah pelaburan bukan untuk membelanjakan sebanyak mungkin, tetapi untuk memastikan unit lebih mudah disewa, lebih mudah diurus dan memenuhi keperluan penyewa,” katanya.

Image from: KAEN Properties sedia pengurusan pelaburan hartanah

Tambah beliau, pengurusan hartanah yang sistematik tidak semestinya meningkatkan kadar sewa secara langsung, namun boleh membantu melindungi pulangan pelaburan sebenar.

Antaranya melalui pengura­ngan tempoh kekosongan, proses saringan penyewa lebih teratur, penyelarasan kerja pembaikan lebih pantas, kawalan kos penyelenggaraan serta risiko tunggakan sewa lebih rendah.

Dalam pada itu, syarikat me­nyasarkan untuk memperkukuh sistem baharu itu dengan meluaskan rangkaiannya ke beberapa bandar pelaburan utama terma­suk Johor.

Selain itu, KAEN Properties terus meningkatkan pendidikan pasaran supaya lebih ramai pelabur memahami bahawa kejayaan pelaburan hartanah bukan sekadar bergantung kepada lokasi dan pembelian aset.

Pengurusan hartanah pelaburan yang sistematik, penyediaan unit yang sesuai dan pengurusan penyewa yang teratur juga penting untuk mengurangkan tempoh kekosongan, mengekalkan kadar penghunian dan melindungi pulangan sewaan dalam jangka panjang. -KOSMO! ONLINE

The post KAEN Properties sedia pengurusan pelaburan hartanah appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved