KAFA sedia bantu selesaikan sekatan FIFA KRW FC

LocalFootball
26 Nov 2026 • 3:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: KAFA sedia bantu selesaikan sekatan FIFA KRW FC
Rosmadi (kanan) bersama barisan Exco KAFA pada Kongres Luar Biasa KAFA di Kota Bharu pada Khamis. Foto SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersedia mengadakan perbincangan rasmi dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membantu mencari jalan penyelesaian berhubung sekatan perpindahan pemain yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas Kelantan Red Warrior (KRW FC).

Presidennya, Datuk Seri Rosmadi Ismail berkata, pihaknya memahami FAM sudah mengambil pelbagai langkah termasuk membuat rayuan dan mengadakan rundingan dengan FIFA sehingga ke tahap maksimum bagi menangani isu berkenaan.

"Bagaimanapun, FIFA mempunyai peraturan serta SOP (prosedur operasi standard) tersendiri yang mungkin menyukarkan pihak yang dikenakan tindakan mendapatkan pelepasan daripada sekatan tersebut.

"KAFA akan menggunakan kedudukan dan peranan baharu badan induk bola sepak di negeri ini untuk mengadakan perbincangan secara rasmi dengan FAM bagi membantu pasukan," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui pada Kongres Luar Biasa KAFA di sini pada Khamis.

Media sebelum ini melaporkan, pengendali KRW FC, Irfan Bakti Abu Salim masih berharap sedikit ruang untuk mengikat beberapa pemain baharu, termasuk import demi mempertingkatkan keupayaan pasukan bagi mengharungi Liga Super musim ini.

Beliau bagaimanapun menekankan bahawa segala masalah berkait sekatan perpindahan yang dikenakan oleh FIFA ke atas KRW FC perlu dirujuk kepada pihak pengurusan kelab.

Menurutnya, beliau dimaklumkan, sehingga kini pihak pengurusan KRW FC masih berusaha menyelesaikan isu berkenaan kerana tunggakan gaji pemain perlu dilangsaikan sepenuhnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved