“Kagum Boleh Tapi Jangan Sampai Taksub..” – Netizen Tegur Tindakan Pelawat Cium Al-Quran Tulisan Tangan Arwah Nurly Sahirah

29 Jun 2025 • 10:33 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang diketahui ramai, Allahyarham Nurly Sahirah Azman, 23, salah seorang daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Gerik, Perak, 9 Jun lalu menarik perhatian ramai apabila memiliki senaskhah al-Quran hasil tulisan tangannya sendiri.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, ia memaparkan orang ramai datang menziarahi kediaman keluarga Allahyarham Nurly dan mereka dilihat mengelilingi kawasan di mana al-Quran milik Nurly Sahirah dipamerkan.

Namun, apa yang menjadi bualan orang ramai adalah apabila ada sesetengah pihak yang bertindak mencium dan menghidu al-Quran tersebut.

image is not available

Seorang wanita telah meluahkan pendapatnya mengenai perkara itu menerusi aplikasi Threads di mana dia menasihati orang ramai agar tidak terlalu taksub dan hasil tulisan arwah perlu dijaga kehormatannya.

Kenapa sampai cium cium ni? Kagum boleh tapi jangan sampai taksub. Kita yang tengok ni pun tak manis.

 

Hasil tulisan arwah perlu dijaga kehormatannya, tak perlu untuk tatapan umum sampai dicium orang awam.

 

View on Threads

 

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan dengan mengatakan mencium kalam Allah itu tidak salah namun niat dan cara perlu diperbetulkan agar tidak menjadi fitnah pada agama kelak.

image is not available image is not available image is not available

image is not available 1 day ago

Keluarga Nurly Sahirah Minta Ruang, Rumah Ditutup Sementara Buat Pengunjung Hingga Sabtu - "Bagi Peluang Umi Abah Saya Berehat.."