
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Beri Nasihat Kepada Orang Ramai
Menerusi entri pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, pelantun lagu Cukup Indah itu menzahirkan rasa kagum terhadap keesaan-Nya di samping menasihatkan pihak di luar sana supaya sentiasa berdoa dan bersujud kepada Sang Pencipta.
BERITA TRENDING: Ukiran 'Hayya Alal Falah' Pada Gold Bar Unik Berbentuk 'Alif'! Rezeki Alif Satar Dilantik Duta Produk Emas GB Gold
BERITA TRENDING: Alif Satar Nafi Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan, Syukur #GengSubuhMacamJumaat Diterima Baik! - "Saya Nak Semua Bersatu"
“Saudara-saudari sekalian, bila saya melancong, saya sentiasa diingatkan tentang betapa hebatnya Allah SWT.
“Segala apa yang ada dekat dunia ni Dia yang cipta. Hanya dengan perkataan ‘kun’ sahaja, dan semuanya boleh dicipta.
“Dia tak perlukan kita, kita yang perlukan Dia. Jadi jangan berhenti berdoa dan jangan tinggal solat. Masya-Allah,” katanya.




