Kagum Lihat Jebat Jayden Berlatih Tinju, Tapi Netizen Sempat Tinggalkan ‘Nasihat’ – “Pastikan Bukan 38 Saat”

EntertainmentSports
15 Aug 2025 • 10:45 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Anak lelaki pelakon Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden, menjadi bualan hangat warganet apabila dilihat berada di gelanggang tinju bersama pelakon filem Blood Brothers, Andy Teh.

Jebat belajar ‘boxing’ dengan Andy Teh

Dalam satu perkongsian di Instagram, Andy memuat naik rakaman video dan beberapa foto memaparkan Jebat serta Sharnaaz menjalani latihan seni mempertahankan diri.

Aksi lincah Jebat tampil berani berdepan cabaran nyata membuat ramai teruja, malah ada yang menyifatkan dia mewarisi semangat dan ketegasan bapanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andy Teh 郑金发 (@andytehkh)

Netizen sempat petik perlawanan Jefri Nichol ’38 saat’

Di ruangan komen, pujian bertalu-talu diberikan kepada Jebat kerana sudah dibiasakan dengan aktiviti lasak sejak kecil.

Namun, tidak kurang juga ada yang mengambil kesempatan untuk menyelit sindiran dengan mengaitkan kekalahan pelakon Indonesia, Jefri Nichol iaitu kekasih kepada ibu saudara Jebat, Ameera Khan, dalam perlawanan tinju Superstar Knockout menentang El Rumi, baru-baru ini.

image is not available

Sebelum ini, kehadiran Ameera dan keluarganya ke Jakarta bagi memberi sokongan kepada Jefri turut mencetuskan pelbagai reaksi apabila pelakon itu tumbang hanya dalam masa 38 saat, sekali gus menjadi bahan usikan netizen di media sosial.

image is not available 2025-08-12 15:51:03

(VIDEO) "Kebanyakan Sleep Call Sama Sayang Ni.." - El Rumi Sindir Jefri Nichol?