“Kahwin puluh tahun ni yang senyap, takde tayang menayang” -Anak tiri Nora Ariffin

LocalEntertainment
5 Dec 2024 • 5:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Kahwin puluh tahun

Anak tiri kepada penyanyi terkenal, Nora Ariffin meluahkan perasaannya di media sosial apabila berkongsi gambar bapa serta ibu kandungnya yang sudah kahwin puluh tahun.

Menerusi video yang dikongsi Alia Rushdi, bapa dan ibunya sudah kahwin puluh tahun dan masing-masing hanya senyap sahaja tanpa menayang sebarang hal rumah tangga.

image is not available

Kahwin puluh tahun tak menunjuk pun

Ujarnya, mereka hanya memilih bersederhana dan tidak begitu menunjuk-nujuk tentang perkahwinan mereka walaupun sudah lama berumah tangga serta mempunyai anak yang telah dewasa.

image is not available

Anak harap ibu bapa kahwin puluh tahun akan bersama tanpa kehadiran orang lain

Dalam pada itu, Alia juga berharap agar di kehidupan yang lain, mereka berdua akan terus bersama tanpa kehadiran orang lain memandangkan telah lama hidup bersama sebagai pasangan suami isteri.

image is not available

Ramai faham apa yang anak2 hidup berpoligami rasa

Perkongsian yang dibuat telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen di media sosial apabila menyatakan rasa sedih apabila seseorang yang dikenali kerap terpalit dengan pelbagai fitnah.

Ada juga individu yang mengenali isteri pertama suami kepada penyanyi Nora Ariffin itu dan memaklumkan bahawa beliau seorang yang cukup baik serta disenangi ramai sewaktu bertugas.

image is not available

Semoga anak2 ada kekuatan untuk mak ayah

image is not available

Luahan seorang anak, orang lain tak perlu hakimi

image is not available

Nora dakwa dipanggil gelaran tak baik

Terdahulu, Nora Ariffin mendedahkan bahawa dirinya telah digelar sebagai sundal oleh keluarga suami namun memilih untuk tetap bersyukur dan akur dengan pelbagai hinaan tersebut.

Perkara itu telah membuatkan anak kepada suaminya tampil menafikan tuduhan itu dan mengakui mempunyai bukti untuk apa yang diperkatakan Nora kepada mereka sebelum ini.

image is not available

Sekadar info, Datuk Nora Ariffin sebelum ini pernah memuat naik video diceraikan suami, Dr Rushdi Ramli di media sosial dan mendakwa perpisahannya itu disebabkan paksaan daripada pihak tertentu.

Walau bagaimanapun, dia kembali memaklumkan sudah rujuk semula dengan suami sewaktu masih berada dalam tempoh idah.

Sumber: TikTok Alia Rushdi