“Terima kasih atas gelaran b*tch” – Nora Dakwa Terima Hinaan Dari Keluarga Suami?

Entertainment
4 Dec 2024 • 2:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada bulan September lalu, penyanyi senior, Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram.

Meskipun perceraiannya itu penuh kontroversi, namun pasangan itu kini dilihat semakin bahagia bersama.

Pun begitu, baru-baru ini Nora dalam satu kenyataan di media sosial mendedahkan bahawa dia digelar dengan makian jahat oleh keluarga suaminya.

image is not available

“Saya dan anak-anak akur dan terima dengan hati yang tabah. Ujian untuk kami. Moga Allah ampuni dosa-dosa saya, sabarlah ya Rushdi Ramli,” tulisnya.

Pun begitu, kenyataannya itu dikongsikan semula oleh individu yang difahamkan anak kepada suaminya yang menafikan kenyataan pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu.

image is not available

“Apa yang kau cuba sampaikan? Bila pula mana-mana antara kami memanggil kau dengan nama sebegitu? Kenapa tiba-tiba nak petik nama kitorang? Apa kami dah buat?

Rasanya dah banyak kali sangat dia mencuba untuk burukkan keluarga aku. Lagi buat diam lagi seronok dia ek,” tulis individu berkenaan.

Pun begitu, setakat ini masih belum ada kenyataan lanjut daripada Nora berkenaan isu tersebut.

Sumber: Instagram, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.