Kahwini dua wanita serentak, pernikahan tauke Mi Kolok di Sarawak curi perhatian

12 Mar 2024 • 7:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular beberapa foto di media sosial memaparkan seorang tauke mi kolok di Sarawak kahwini dua wanita serentak di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

Tauke kahwini dua wanita serentak!

Gambar tersebut dimuat naik di laman Facebook oleh seorang pengguna yang menunjukkan seorang lelaki berbangsa Cina kahwini dua wanita serentak dalam sebuah majlis perkahwinan.

Penularan foto itu sememangnya membuatkan ramai terkejut sehingga ada mempersoalkan mengenai kesahihan perkahwinan tersebut dalam komuniti bukan Islam di Malaysia.

Mana tidaknya, ia berlaku di luar kebiasaan dan agak sukar bagi seorang lelaki mengahwini dua wanita serentak.

image is not available

Berdasarkan gambar tersebut, kedua-dua isteri lelaki tersebut mengenakan gaun pengantin dan baju pengantin tradisional cina (Qungua

Memetik laporan China Press, tauke Mi Kolok yang dikenali Lim Soo Kien berkahwin dengan Ivy Ong dan seorang lagi wanita dipercayai warganegara Indonesia, Dewi Kartika di sebuah restoran di Jln Simpang Tiga, Kuching, malam tadi.

Menurut laporan, majlis turut meraikan berita gembira di mana kedua-dua wanita tersebut didakwa sedang hamil.

“Kedua-dua perut kedua-dua mempelai buncit sedikit ketika mengambil gambar. Mereka sesekali menutup perut dengan tangan,”petik laporan.

image is not available

image is not available

Walaupun ramai yang terkejut selain meluahkan rasa cemburu, namun ada juga mengucapkan tahniah kepada mereka bertiga atas perkahwinan yang dibina.

image is not available image is not available image is not available image is not available