Penyondol Mengaku Dua Kali Gugur Kandungan, Tertekan Sebab Terlalu Cintakan Suami Orang

Family & Parenting
12 Mar 2024 • 9:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
penyondol

Marah rumah tangga diganggu orang ketiga, seorang wanita nekad mendedahkan kecurangan suami di laman sosial.

Menerusi satu hantaran, wanita terbabit berkata, dia sudah beberapa kali berpesan kepada penyondol supaya berhenti menghubungi suaminya.

Namun, mereka nampaknya masih bersama sehingga melakukan perbuatan terkutuk di belakang si isteri.

image is not available

Terbaru kantoi mesej dihantar penyondol kepada suaminya dengan kata-kata manis meluahkan rasa teruja jika dapat menyambut Ramadan bersama-sama.

image is not available

Malah, penyondol sendiri telah menghubungi isteri menceritakan apa yang terjadi daripada A-Z. Katanya, mereka banyak kali terlanjur sehingga ada dua orang anak yang telah digugurkan.

Lebih jijik lagi, penyondol tanpa rasa bersalah berkata kandungan pertama gugur secara tak sengaja kerana hubungan badan di awal kehamilan.

Manakala, kandungan kedua digugurkan di atas permintaan kekasihnya yang masih belum bersedia.

image is not available

Kata wanita ini, dia hanya mahu si kekasih bertanggungjawab di atas ketelanjuran mereka. Dia juga sudah menerima akibat apabila menghidap kemurungan sehingga perlu dirujuk ke hospital.

Malah, hidupnya kini sudah hancur akibat terlalu cintakan suami orang. Bukan hanya mengorbankan diri, dia juga telah mengorbankan masa depan demi bersama kekasihnya.

image is not available

image is not available

Tulisnya lagi, kekasihnya takut untuk memberitahu isteri berkenaan hasrat untuk berpoligami. Disebabkan itu, dia terpaksa berterus terang dengan si isteri mengenai apa sebenarnya telah terjadi.

Fuh, tak dapat dibayangkan betapa hancurnya hati si isteri. Semoga Allah SWT permudahkan urusan si isteri dalam menempuhi ujian berat ini.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media