“Kain Orang Sebok Jaga, Kain Sendiri Kena Tahu Koyak” – Netizen Perli Caprice Marah PU Syed

14 Oct 2022 • 12:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sekarang ini, kecoh dengan isu penyanyi rap, Caprice meluahkan rasa kurang senang apabila pendakwah bebas, PU Syed mengaitkan aurat isterinya dengan kes amang seksual PU Azman yang kini dalam perbicaraan.

Susulan itu, Caprice menggesa agar PU Syed membuat permohonan maaf secara terbuka atas kata-kata yang dilontarkan dalam tempoh 24 jam.

Perbalahan antara mereka berdua ini meraih perhatian ramai pihak dan jika lihat di ruangan komen, ramai netizen meninggalkan pendapat mereka masing-masing mengenai isu yang berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Kebanyakkan netizen menyuruh Caprice untuk ‘mencermin diri’ kerana sebelum ini, dia sering memberi pandangan sendiri mengenai sesuatu isu tetapi melenting apabila pihak lain memberi pandangan mengenai dirinya.

Menurut netizen juga, Caprice tidak perlu triggered dengan kenyataan PU Syed, sedangkan dia juga selalu membuat perkara yang sama.

image is not available

Sekadar info, PU Syed ada memerli Caprice di laman Instagram kerana didakwa mendiamkan diri isu PU Azman dan menyuruh penyanyi rap terbabit mengurus aurat isterinya dahulu sebelum mengulas kes terbabit.

image is not available 5 jam lalu

"Jangan Sampai Cap Bongkar Rahsia PU Pulak" - Sentuh Isu Aurat, Caprice Minta Pu Syed Mohon Maaf Dalam Masa 24 Jam