“Kepada Allah sahajalah kita serahkan” – Tegur Aurat Isteri Caprice, PU Syed Minta Maaf Secara Terbuka

Entertainment
14 Oct 2022 • 5:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Media sosial hari ini kecoh dengan isu Pencetus Ummah (PU) Syed dan aktivis serta rapper terkenal Caprice, ia kerana pendakwah itu secara tiba-tiba ‘memetik’ nama isteri penyanyi rap yang juga dikenali sebagai Daddycap yang dikatakan tidak menutup aurat dengan sempurna.

Disebabkan itu, Caprice melalui Instagram milikya menyeru PU Syed untuk membuat permohonan maaf kepada dia dan isterinya.

image is not available

Dalam posting IG Story tersebut, Caprice juga mengatakan bahawa dia akan membongkarkan rahsia PU Syed sekiranya beliau tidak membuat permohonan maaf kepadanya dalam masa 24 jam.

Baru sahaja sebentar tadi, PU Syed menerusi sebuah posting di Instagram telah membuat permohonan maaf kepada penyanyi rap tersebut, malah dia juga berharap agar Caprice tidak mengulas sebarang kes yang sedang berjalan di mahkamah.

“Dalam masa yang sama, ambe masih berharap agar sesuatu kes yang sedang berjalan di mahkamah tidaklah diulas lagi dan jika wujud bukti-bukti baru melibatkan sesiapa pun, sila hadapkan kemuka pengadilan…” tulisnya.

Sebagai info, ‘peperangan’ antara dua personaliti ini berlaku apabila Caprice dikatakan telah mendedahkan perbualan mangsa kes amang seksual PU Azman yang kini sedang dalam perbicaraan mahkamah.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.