Kajian Mendapati AI Lebih Kreatif Daripada Manusia Biasa

Technology
27 Jan 2026 • 3:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa kajian mengenai kecerdasan buatan (AI) sebelum ini rata-ratanya menunjukkan ia menyebabkan manusia menjadi semakin malas dan sebahagian fungsi otak merosot jika digunakan dengan kerap. Dalam sebuah kajian terkini oleh University of Montreal, AI kini didapati lebih kreatif daripada manusia biasa.

image is not available

Kajian yang disertai 100,000 peserta mendapati, AI generatif seperti ChatGPT, Claude, dan Gemini kini boleh mengatasi manusia biasa dalam ujian kreativiti tertentu. Model seperti GPT-4 misalnya menunjukkan prestasi yang kukuh dalam tugasan yang direka untuk mengukur pemikiran asli dan penjanaan idea. Dalam sesetengah situasi ia mengatasi tindak balas manusia biasa.

Hanya manusia yang paling kreatif mencatatkan markah lebih tinggi berbanding AI. Mereka yang tergolong dalam 10% teratas pula jauh meninggalkan kemampuan AI khususnya dalam menghasilkan karya kreatif seperti puisi dan jalan cerita.

Ujian yang dilakukan dalam kajian ini ialah menulis haiku, melakukan rumusan plot filem dan menulis cerita pendek. Jadi sekiranya anda merasakan anda kreatif, anda boleh yakin anda masih lebih baik berbanding pelbagai AI generatif di pasaran.

Kajian telah diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved