Kajian Mendapati Menonton Video TikTok Menyebabkan “Otak Mereput”

Health & FitnessLifestyle
20 Nov 2025 • 10:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Teori konspirasi popular di media sosial ialah video pendek seperti TikTok, YouTube Shorts, Vine dan Instagram Reels dicipta oleh kabal illiuminati untuk memesongkan perhatian daripada kezaliman dunia yang dimulakan oleh mereka. Ianya jarum halus yang menyumbatkan hiburan kosong ke dalam otak bagi merendahkan IQ purata global. Tiada bukti menyokong teori ini tetapi kajian terkini yang dilakukan Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendapati video pendek terbukti mendatangkan impak ke atas otak individu.

image is not available

APA melakukan kajian dengan mengambil data daripada 71 kajian terdahulu yang melibatkan 98,299 peserta yang menonton kandungan video pendek menerusi pelbagai platform. Menonton jumlah video pendek yang tinggi secara langsung menyebabkan fungsi kognitif merosot terutamanya dalam kemampuan individu tanpa mengira umur.

Mereka menjadi semakin kurang sensitif kepada kandungan yang lebih perlahan dan tugas kognitif yang memerlukan usaha seperti membaca, menyelesaikan masalah dan pembelajaran mendalam. Tontonan video pendek berlebihan pula boleh menyebabkan masalah tidur kurang lena, kebimbangan meningkat dan kesunyian.

Jika anda menunjukkan simptom-simptom ini dan menonton banyak video pendek, penyelesaian kepada masalah ini ialah letak telefon ke bawah. Kemudian banyakkan membaca buku dan menonton video yang panjang tanpa perhatian sering dipesongkan telefon di tangan


View Original Article