Kajian Terkini Mendapati Vape Mempunyai Risiko Mendatangkan Kanser

LocalHealth & Fitness
1 Apr 2026 • 9:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lebih sedekad lalu, rokok elektronik (vape) mula dipasarkan di Malaysia dengan penjual mengatakan ia adalah lebih selamat berbanding menghisap rokok. Vape dikatakan boleh membantu perokok berhenti dan tidak mendatangkan risiko kanser. Tetapi kajian terbaru daripada penyelidik di Australia kini mengatakan vape kini mempunyai risiko mendatangkan kanser.

image is not available

Kajian yang telah menilai literatur perubatan, laporan kes, kajian haiwan dan data biomarker dengan ia mendapati vape hampir pasti bersifat karsinogenik. Antara bukti yang didapati adalah DNA sel boleh mengalami kerosakan akibat bahan kimia, perisa, dan logam dalam vape. Sementara itu pada tisu mulut dan pernafasan pula menunjukkan keradangan dan kerosakan yang berpotensi meningkatkan risiko kanser.

Sungguhpun begitu penyelidik menegaskan bahawa risiko sebenar belum dapat dipastikan. Kajian jangka lebih panjang seperti yang dilakukan terhadap rokok tembakau diperlukan untuk menentukan tahap risiko sebenar.

Di Malaysia penjualan vape akan diharamkan sepenuhnya selewat-lewatnya pada pertengahan tahun atau hujung tahun tahun ini. Ia bukan disebabkan risiko kanser atau kesihatan tetapi kerana kemasukan vape dengan dadah berbahaya sejak kebelakangan ini. Produk tembakau pula tidak lagi boleh dijual secara terbuka.

Kertas kajian telah diterbitkan dalam jurnal Carcinogenesis.